Sunday, November 18, 2012
Doa PAS
MasyaAllah, ....doa yang di pinta oleh PAS betul betul mengejutkan. Sebagai parti politik yang memperjuangkan agama Islam dan diterajui oleh alim ulama, doa tersebut pada saya adalah amat tidak wajar. Terlalu zalimkah kerajaan sekarang sehingga doa sedemikian di pinta?
Sepatutnya PAS memohon supaya semua pemimpin yang zalim diganti dengan pemimpin yang adil dan saksama....terdesak sangatkah mereka hendak Putrajaya sehingga sanggup memohon dari Allah sedemikian doa. Aapakah kezaliman yang dilakukan kepada Ustaz Hadi? Anak-anaknya kebulurankah? Keluarganya dibunuhkah? Mereka tidak dapat solatkah? Mereka tidak dapat mempraktikkan ugama Islamkah? Rumah mereka dibakarkah? Jika semua ini terjadi memang sewajarnya doa itu dipohon....tetapi tidakkan?
Didalam keluarga saya, ada yang berfahaman politik PAS, ada UMNO dan ada PKR
..
Tak sanggup saya memanjat doa sedemikian. Tak sampai hati saya walau di paksa sekalipun. Tak tergamak mendoakan saudara saya hancur...sedih apabila pejuang Agama Islam tidak langsung mempunyai perasaan belas kesian kepada saudara sesama Islam. Orang Yahudi dan yang bukan beragama Islam ketawa dibelakang.....mission accomplished.
Kenapa tidak memohon kepada Allah supaya menang PRU 13sahaja? Saya selalu menasihati anak-anak saya jika ingin maju kedepan , tunjuk kebolehan kita, jangan sekalikali menjatuhkan orang lain. Tunjuk apa yang kita boleh buat , kebaikan-kebaikan kita, bukan dengan cara menunjuk kejahatan orang, kelemahan orang dan menghancurkan orang. .
Kadang -kadang Allah tidak perkenankan hajat kita memerintah negara mungkin ada sebabnya. Mungkin kita akan menjadi lebih zalim bila kuasa berada ditangan kita. Saya sangat takut , sangat sangat takut dengan perkembangan yang ada sekarang. Pada saya, dengan berdoa sedemikian rupa, para ulama PAS tidak ada perasaan belas kasihan langsung terhadap saudara sesama Islam. Apa akan terjadi sekiranya mereka mereka ini menjadi pemimpin negara? Saya tidak teragak agak bahawa mereka akan menjadi pemimpin yang lebih kejam dari pemimpin pemimpin yang ada sekarang. Saya memohon kepada Allah supaya Malaysia dipelihara olehNya dari sebarang bencana . Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment